MALAYSIA POST
TUN Dr Mahathir berkata, Datuk Seri Najib Razak cuba mengalih perhatian dari kesalahannya dengan menuduh beliau turut melakukan perkara sama iaitu menyalahguna kuasa dan mencuri duit Kerajaan ketika menjadi Perdana Menteri.
Dr Mahathir berkata, semasa Najib menjadi Perdana Menteri satu Suruhjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuh untuk menyiasat kononnya beliau menyembunyikan kehilangan RM30 billion oleh Bank Negara.
Namun, Dr Mahathir berkata, RCI tidak dapat membukti yang neliau menyembunyikan kehilangan wang berkenaan.
“Bank Negara tidak dikehendaki lapor kepada saya akaun Bank Negara. Adalah mustahil bank melapor kehilangan 30 billion dan meminta saya rahsiakan kehilangan ini.
“Akaun Bank Negara diaudit dan audit tentu dapat kesan yang bank telah sembunyi kehilangan ini jika benar dan akan lapor. Jika tidak pihak audit tentu bersalah jika tidak melapor kehilangan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, perkara itu berbeza kerana tidak ada satu sen pun dari wang yang dikatakan disembunyikan itu masuk ke dalam akaunnya, sedangkan Najib sebaliknya.
“Tidak ada persamaan antara jenayah yang dilaku oleh Najib dengan kononnya saya sembunyi kehilangan duit Bank Negara sebanyak RM30 billion,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, beliau melihat Najib ketika ini cuba memburukkan namanya berhubung projek Forest City di Johor.
“Semasa dalam parti lawan saya menolak projek Forest City di Johor. Projek ini bertujuan membangunkan sebuah bandar mewah dalam Selat Tebrau dengan menebus guna tanah.
“Perancangan yang dilulus ialah untuk bangun bandar mewah yang mampu dibeli hanya oleh jutawan dari negara China.
“Pemilikan tanah adalah secara kekal. Bandar ini pula akan diberi taraf bebas cukai. Walaupun penduduk bukan warganegara Malaysia tetapi mereka bebas ke tanah besar Malaysia atau ke Singapura,” katanya.
Jelas Dr Mahathir lagi, beliau telah lawat projek berkenaan dan mendapati pekerjanya kebanyakan dari China.
“Berduyun-duyun pelawat datang dari China semasa saya buat lawatan. Mereka datang untuk membeli rumah-rumah mewah yang akan dibina.
“Pelawat warga Malaysia tidak pun sampai dua puluh. Mereka adalah pelancong yang ingin lihat taman yang cantik yang sudah siap dibina,” katanya.
Dr Mahathir berkata, seperti biasa jika projek itu ditamatkan oleh Kerajaan PH ganti rugi beberapa billion ringgit perlu dibayar kerana Najib telah berhutang berbillion ringgit.
“Kerajaannnya terpaksa mendapat bantuan swasta sebanyak dua billion untuk bayar faedah hutang. Yang mampu dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ialah menasihat Country Garden supaya rumah kos rendah yang boleh dibeli oleh orang Melayu dan Cina Malaysia perlu disediakan. Country Garden akur,” katanya.
Mengulas isu projek Keretapi Pantai Timur, Dr Mahathir berkata, ia sekali lagi tidak dapat ditamat kerana perjanjian telah dibuat dan apa yang boleh dilakukan ialah mengurang kos projek.
Katanya, Kerajaan PH dapat selamatkan RM20 billion melalui rundingan dengan pihak kontraktor.
“Hasil dari pemerintahan Kerajaan Najib hutang negara melebihi satu trillion Ringgit. Masih ada tuduhan yang Najib telah seleweng berbillion Ringgit lagi dari wang 1MDB. Najib juga dapat 150 million Ringgit yang dirampas di Pavillion yang dipercayai milik 1MDB,” katanya.
Sementara itu, Dr Mahathir turut mempersoalkan tindakan Najib membuat permohonan hadiah tanah dan rumah yang bernilai RM100 juta kepada.
“Selain dari membeban Kerajaan sekarang dan akan datang dengan hutang berbillion ringgit apakah yang dilakukan oleh Najib yang melayakkannya diberi hadiah RM100 million Ringgit.
“Sesuatu yang sudah hilang di Malaysia ialah perasaan malu. Najib tidak malu dan ramai penyokongnya tidak malu apabila disogok, apabila didapati bersalah.
“Nilai hidup yang hodoh ini jelas ternampak apabila penyokong Najib berkata, ‘Apa perlu malu, (Najib) boss kita’ Dengan itu diciumlah tangan Najib, pencuri Melayu Islam,” katanya. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan