HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Januari 2022

Umno negeri perlu diberi autonomi tentu kerjasama termasuk dengan PAS, kata Ismail

Mengulas tindakan Umno Kelantan memutuskan kerjasama dengan PAS, 
Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu tiada kena mengena dengannya.

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata kepimpinan parti itu di setiap negeri perlu diberikan autonomi dalam membuat keputusan termasuk membabitkan kerjasama politik di negeri masing-masing.

Katanya, ini kerana setiap negeri mempunyai pandangan berbeza berhubung hala tuju dan kerjasama politik.

“Pahang mungkin berbeza dengan Kelantan, Selangor mungkin berbeza dengan Terengganu. Masing-masing ada pandangan berbeza termasuk membabitkan kerjasama dengan PAS.

“Jadi, saya rasa negeri patut diberikan sedikit autonomi untuk membuat keputusan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Semalam, Umno Kelantan membuat keputusan untuk membawa hala tuju sendiri dan tidak lagi bekerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN).

Ketua Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub, berkata perkara itu diputuskan selepas pertemuan pihaknya dengan PAS Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar, Ahmad Yakob.

Jazlan berkata, pimpinan Umno Kelantan sepakat membuat keputusan itu, susulan pendirian PAS yang masih mahu menjalinkan kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum ke-15.

Mengulas tindakan Umno Kelantan, Ismail berkata, keputusan itu tiada kena mengena dengannya yang telah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Umno negeri itu semalam.

“Ia tiada kaitan dengan saya. Cadangan Umno Kelantan telah pun disuarakan sewaktu mesyuarat Majlis Tertinggi lagi, Umno Kelantan telah memberikan gambaran apa keputusan mereka.

“Kita (Umno) serah kepada Umno Kelantan untuk membuat keputusan, asalkan ia tidak merugikan parti,” katanya

Tiada ulasan: