HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Januari 2022

Kecewa janji kosong pemimpin, 80 ahli AMK PKR keluar sertai MIC,

MALAYSIA POST

Kecewa janji kosong pemimpin, 80 ahli AMK PKR keluar sertai MIC,

SERAMAI 80 ahli Angkatan Muda Keadilan dari cabang Rasah, Negeri Sembilan mengumumkan menyertai MIC selepas kecewa dengan kepemimpinan parti itu yang sering berjanji kosong.

Menurut kenyataan MIC, banyak masalah rakyat di negeri itu gagal diselesaikan pemimpin PKR yang menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

“Kelemahan dan birokrasi politik dalaman parti juga telah membantutkan pergerakan Pemuda PKR dalam menerajui dan memenagi agenda rakyat khususnya di Negeri Sembilan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, penyertaan Pemuda PKR ke Briged Pemuda MIC ini diselaraskan Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan, Kalai Arasan.

Majlis itu turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan merangkap Ketua Briged Pemuda MIC, Andrew David, Pengerusi MIC Bahagian Rasah, Krishnan dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Rasah, Irwan Mohd Suhid.

Menurut kenyataan itu, kesemuanya akan diserapkan ke cawangan Labu, Kirbry dan Gadong bagi meneruskan kerja-kerja pemerkasaan masyarakat tempatan. – Malaysiapost

Tiada ulasan: