MGF01012022_PROGRAM-MISI-BANTUAN-UMNO-1
Wakil UMNO Pasir Salak, Datuk Dr Nasaruddin Othman bercakap kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas akibat bencana banjir pada Program Misi Bantuan UMNO Pasir Salak 2022 di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN,

SHAH ALAM – UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Dr Nasaruddin Othman tampil menyampaikan bantuan barangan kepada 100 mangsa yang terkesan dengan bencana banjir di Kampung Sungai Kandis, baru-baru ini.

Wakil bahagian itu, Datuk Dr Nasaruddin Othman berkata, menerusi Program Misi Bantuan UMNO Pasir Salak 2022, ia merupakan satu kesamaan atas dasar keprihatinan bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.