MGF31122021_SOLAT-HAJAT-PM-2-copy-2-1
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengaminkan doa selepas menunaikan solat hajat pada Majlis Malaysia Berzikir Ambang 2022 ketika di Masjid Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN,

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris kesal dengan sikap sesetengah pihak yang sengaja mempolitikkan isu banjir yang melanda negara ini.

Jelas beliau, senario itu dapat dilihat menerusi trending di Twitter #KerajaanPembunuh yang menghasut orang orang ramai menyalahkan pihak kerajaan dan Perdana Menteri kerana lambat bertindak dalam pengurusan bencana ini.