HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 Januari 2022

Warisan tidak goyah, tubuh parti baharu perkara biasa – Shafie

MALAYSIA POST

Warisan tidak goyah, tubuh parti baharu perkara biasa – Shafie 

PARTI Warisan Sabah (Warisan) tidak goyah walaupun beberapa bekas pemimpin tertinggi meninggalkan parti itu dan menubuhkan parti baharu,” kata

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 

Namun katanya, di sebalik perkara itu, hakikatnya Warisan semakin diterima ramai. 

“Warisan tidak goyah dan menubuhkan parti baharu adalah perkara biasa dalam politik. 

“Dari Parti Bersatu Sabah (PBS) telah melahirkan banyak parti lain berasaskan kaum tertentu seperti Parti Bersatu Rakyat Sabah, Parti Maju Sabah, (UPKO) dan Parti Liberal Demokratik,” katanya seperti dilapor Astro Awani. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senallang itu berkata, pihak yang keluar parti dan menubuhkan parti berasaskan kaum tertentu tidak mampu mengubah corak pembangunan negara. 

“Perubahan tidak berlaku, itu yang saya katakan di Sabah ini kena ada perubahan. Negara kita masih dalam landasan keadaan kaum dan agama yang membimbangkan,” katanya. 

Warisan sejak awal tahun lalu berdepan krisis selepas beberapa pemimpinnya mengambil keputusan meninggalkan parti itu. 

Bermula dengan Adun Sebatik, Hassan Pangeran Amir pada Februari 2021, diikuti Adun Sindumin, Datuk Yusof Yacob dan Adun Segama, yang juga bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Mohamaddin Ketapi pada Oktober. 

Terbaharu Naib Presiden Warisan merangkap Adun Melalap, Datuk Peter Anthony dan Adun Limbahau, Datuk Juil Nuatim pula secara rasmi meninggalkan parti itu minggu lalu. – Malaysiapost

Tiada ulasan: