
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua anggota Kabinet supaya memainkan peranan masing-masing ketika negara berhadapan krisis.
Peringatan itu disampaikan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pertama tahun ini yang dipengerusikannya, pagi tadi.
Menurut Perdana Menteri, antara agenda mesyuarat pagi tadi adalah isu
pengurusan banjir dan pasca banjir serta penangguhan ibadah umrah atas
sebab penularan varian Omicron di Tanah Suci.
“Pagi ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama tahun 2022 di Perdana Putra.
“Saya akan pastikan setiap pihak menggalas tugas sebaiknya dalam melancarkan urusan pemberian bantuan-bantuan kerajaan.
“Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan.
“Saya mengingatkan anggota Kabinet bahawa semua mempunyai peranan masing-masing dalam menghadapi krisis yang melanda negara,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan