HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Januari 2022

Persahabatan perlu kejujuran – Ahmad Jazlan

MALAYSIA POST

Persahabatan perlu kejujuran – Ahmad Jazlan

UMNO Kelantan yakin walaupun dalam serba kekurangan, rakyat tetap bersama parti itu dan bila tiba masanya, kepalsuan akan terbukti, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau menyedari tindakan dan keputusan yang dibuatnya adalah sukar serta akan menghadapi cabaran.

“Saya cukup sedar dan insaf bahawa jalan yang saya pilih ini adalah yang cukup sukar dan berliku.

“Walaupun Umno Kelantan berada di dalam keadaan yang serba kekurangan, namun saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa rakyat Kelantan akan bersama-sama dengan kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau semalam dilaporkan memutuskan kerjasama Umno Kelantan dengan Pas negeri dalam Muafakat Nasional (MN) berkuatkuasa serta-merta.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berikutan Pas Kelantan yang masih menjalin kerjasama dengan Bersatu dan tetap memilih parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan kata sepakat yang dicapai antara ahli Umno negeri selepas mengadakan mesyuarat khas dengan Pas negeri di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Sementara itu, Ahmad Jazlan menegaskan persahabatan memerlukan kejujuran.

“Bila tiba masanya, kepalsuan akan lenyap dan akan zahirlah kebenaran.

“Umno sebuah perjuangan,” katanya – Malaysiapost

Tiada ulasan: