HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Januari 2022

PH belum buat keputusan berhubung penggunaan lambang, pembahagian kerusi: Anwar


Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat keputusan muktamad berhubung isu lambang yang digunakan dan juga pembahagian kerusi sesama rakan parti komponen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata perkara tersebut masih diperingkat perbincangan dan hanya akan diputuskan selepas mencapai kata sepakat sesama parti dalam PH.

“Kita akan bincang lagi (mengenai logo), walaupun orang sudah biasa dengan logo PKR, namun esok PH akan putuskan selepas bermesyuarat dengan pimpinan PH dan Johor.

“Berkenaan calon, kita ada orang muda, berpengalaman, wanita dan kita masih melihat kesesuaian di setiap kawasan sebelum diagihkan jumlah kerusi setiap parti yang akan bertanding,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Presiden PKR itu menjelaskan PH akan membincangkan lebih lanjut berhubung pembahagian kerusi dalam mesyuarat yang akan diadakan esok.

“Kita juga belum putuskan jumlah kerusi setiap parti pembangkang dan kemungkinan esok ada satu lagi mesyuarat bagi membincangkan hal itu (jumlah kerusi) bersama parti kemponen,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar juga menyatakan kebimbangan sekiranya syarat yang ketat dikenakan semasa PRN Melaka yang lalu berulang di Johor kerana ia akan menyukarkan mereka untuk berkempen.

“Kita juga bimbang dengan prosedur operasi standard (SOP) yang mengekang kebebasan seperti yang berlaku di PRN Melaka tempoh hari.

“Dia (UMNO) nak Pilihan Raya tapi kebebasan disekat (SOP) dan ini yang mereka gunakan untuk kita menemui rakyat dan ini terbukti semasa PRN Melaka dulu,” ujarnya.

Katanya lagi, kita akan menghadapi masalah kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SRP) seperti memilih untuk membisu.

“Mereka (SPR) sepatutnya lebih memberikan kebebasan untuk bersuara dan jika ini dilaksanakan (tiada kempen terbuka), ia amat tidak adil untuk kami.

“Kami (PH) tetap mempertahankan prinsipkebebasan bersuara untuk memberi keadilan sama rata kepada parti bertanding,” katanya lagi.

Tiada ulasan: