MALAYSIA POST
“JANGAN diserahkan Johor dan Malaysia kepada PH (Pakatan Harapan)
lagi,” tegas Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr
Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong
dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, 22 bulan sebagai
kerajaan di peringkat persekutuan dan prestasi PH di Johor adalah
pengalaman besar rakyat.
“Bagaimana jadinya pada Malaysia ?
Ekonomi negara hancur. Sistem kehakiman dan keadilan mereka rosakkan.
Kebajikan rakyat terabai. Imej Malaysia rosak di mata dunia. Dan banyak
lagi kalau mahu disenaraikan apa berlaku ketika PH.
“Kesimpulannya. Rakyat dan negara rugi. PH gagal memerintah. Justeru apakah rakyat mahu kembali ke zaman PH memerintah?
“Sesekali jangan diserahkan Johor dan Malaysia kepada PH lagi. Itulah punca Malaysia jadi begini,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Johor mesti bergerak ke hadapan dan menjadi kuasa ekonomi di Selatan Semenanjung Malaysia menandingi Singapura.
Beliau berkata, kerana itu perlunya menolak PH dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan kerana menghormati hak rakyat.
“BN
mahu memerintah melalui mandat sah daripada rakyat. Supaya BN menjadi
kerajaan pilihan rakyat melalui mandat pilihan raya. Melaluinya kerajaan
akan diyakini pelbagai pihak.
“Dan akhirnya memudahkan BN mentadbir dengan berkesan demi rakyat dan negeri Johor,” katanya. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan