HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Januari 2022

UMNO PERLU BUANG IMEJ RASUAH SEBELUM PRN JOHOR DAN PRU 15

 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

Dalam ucapan dan rencana saya semenjak tahun 2012, iaitu dua tahun sebelum PRU 14, saya secara konsisten berkata bahawa UMNO berada di atas landasan yang betul, tetapi masalahnya adalah pemimpin-pemimpinnya. Untuk pulih semula UMNO perlu membersihkan dirinya daripada pemimpin-pemimpin yang terlibat atau terpalit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mereka hendaklah berundur atau disingkir. Terus terang saya telah menyebut nama DS Najib dan DS Zahid.

Penyokong-penyokong mereka, terutama sekali orang-orang DS Zahid, sangat marah kepada saya dan mengutuk saya, khususnya keadaan fizikal saya yang uzur itu.  Saya tidak kisah.

Saya memuji DS Najib kerana melepaskan jawatan Presiden UMNO. Saya juga memuji DS Zahid kerana bercuti apabila beliau dituduh di mahkamah.

Kebetulan dalam tempoh beberapa bulan itu, apabila DSU Mohamad Hassan memangku jawatan Presiden UMNO dari 20 Disember 2018 ke 30 Jun 2019,  BN, tegasnya UMNO, memenangi tiga pilihan raya kecil secara berterusan.

Tiada ulasan: