HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Disember 2007

12.7 juta dijangka tinggal di Selangor pada tahun 2020


SHAH ALAM: Bilangan penduduk di negeri Selangor pada tahun 2020 dianggarkan mencecah 12.7 juta orang berbanding kira-kira 5 juta ketika ini. Bilangan penduduk di Selangor yuang diisytihar negeri maju pada 2005 itu terus bertambah daripada 1.8 juta pada 1980 kepada 4 juta pada 2004 dengan purata pertambahan 6 peratus setiap tahun.

Pertambahan pesat penduduk di Selangor disebabkan perkembangan pesat sector ekonomi, kesihatan dan pendidik menyebabkan negeri itu menjadi tumpuan penghijarahan, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Rohani Ab. Razak.

Katanya maklumat itu antara terkandung dalam Buku Handypop Selangor yang diterbitkan LPPKN serta dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Berdasarkan statistik 2004 dalam buku itu, Daerah Petaling mempunyai penduduk paling ramai di Selangor dengan 1,376,000 orang, Hulu Langat (1,023,900), Klang (758,900) manakala Sabak Bernam mempunyai jumlah terkecil seramai 127,100 orang sahaja.

Handypop yang turut diterbitkan dalam bentuk cakera padat mini, mengandungi pelbagai maklumat sosioekonomi dan kependudukan negeri Selangor.

Pelancaran itu serentak dengan pelancaran Hari Penduduk Sedunia 2007 dan penutupan program Forum Keluarga : Seiring dan Sejalan anjuran LPPKN Selangor.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud.

Dr Mohamad Khir dalam ucapannya mengalu-alukan penerbitan Handypop Selangor yang dapat membekalkan rakyat dengan maklumat semasa selain menjadi rujukan bagi pelabur dan pelancong asing .

“Saya percaya bahawa maklumat adalah kuasa di mana ia dapat membantu kita membuat perancangan dan keputusan,” katanya.

Handypop Selangor mengandungi maklumat penduduk, tempat kediaman, isi rumah, guna tenaga dan aktiviti ekonomi, kesihatan dan perangkaan penting, pendidikan serta perancangan keluarga. Agendaselangor

Tiada ulasan: