HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Disember 2007

Samy bohong PM India ?

Samy Vellu terpaksa berbohong kepada Perdana Menteri India Manmohan Singh dengan menyatakan bahawa di malaysia tiada berlaku sebarang perhimpunan kecuali perhimpunan HINDRAF.

Menurut Berita yang disiarkan, Samy Vellu menceritakan tentang percakapan beliau, dan ianya adalah seperti berikut :-

“Selepas itu stesen televisyen New Delhi juga bertanya perkara yang sama dan saya memberitahu bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian dia tanya lagi kenapa dilihat perhimpunan itu berlaku di mana-mana di Malaysia, saya kata jangan percaya. Tidak ada masalah di sini, cuma ada perhimpunan oleh Hindraf untuk menghantar memorandum ke Suruhanjaya Tinggi Britain,”

Sambungnya lagi:

“Saya tidak boleh berbohong dalam hal ini. Ada benda yang kita dapat, ada yang tidak. Adakah masyakarat India di negara ini tidak berpakaian, pekerjaan dan tidak ada makanan?”

Beliau tidak menerangkan secara terperinci tentang perbincangan yang diadakan, tetapi melalui apa yang beliau nyatakan, ternyata segala yang diberitahu kepada PM India, tidak lengkap dan tidak ikhlas dan tidak jujur. Masih banyak berita yang cuba disembunyikan, jika kenyataannya merujuk kepada tiadanya perhimpunan selain dari yang diadakan HINDRAF. Atau mungkin Samy tidak faham soalan yang ditanya oleh Perdana Menteri India itu.

Sekiranya PM India bersikap seperti PM Malaysia, sudah pasti beliau senang hati menerima bulat bulat cerita tersebut. Malangnya jumlah cerdik IT di India melebihi jumlah di Malaysia, sudah pasti mereka boleh mengetahui sebarang berita yang tersiar melalui internet, termasuk klip video setiap perhimpunan. Jelas dan padat. Ditambah pula dengan berita dari AL Jazeera dan sebagainya.

Benar atau tidak kenyataan Samy, sekurang kurangnya memberikan implikasi yang baik. Sekurang kurangnya PM India tahu siapa Samy. Adakah beliau pemimpin India yang jujur atau pun pembohong. Sekiranya Samy mampu berbohong kepada Perdana Menteri India, maka tidak mustahil kalau rakyat India di Malaysia pun dengan mudah dibohong oleh Samy Vellu. Sebenarnya, beliau memberitahu tentang sikap yang beliau miliki. Berbohong, menipu, tidak amanah dan tidak bertanggung jawab.

Tiada ulasan: