HALAMAN SANTAI

Ahad, 9 Disember 2007

Banjir: 4 korban di Kelantan, satu Johor
Oleh Ismail Mat, Khairul Anuar Abdul Samad, Junita Mat Rasid, Rokaid Chik, Ramli Ibrahim dan Ramli Hussein


KUALA LUMPUR: Lima orang menjadi korban banjir semalam, empat di Kelantan dan seorang lagi di Johor ketika keadaan banjir semakin buruk di dua negeri di Pantai Timur termasuk Pahang.

Dalam kejadian pertama di Kampung Sungai Rasau, Pasir Putih, Kelantan seorang pemuda orang kurang upaya dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai berhampiran sebuah jambatan di kampung itu kira-kira jam 7 pagi.

Mohd Halimi Hussein, 19, ke sungai berkenaan dengan menunggang basikal tanpa memberitahu keluarga, sebelum dilihat oleh orang awam terkapai-kapai dihanyutkan arus deras.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih, Khairuddin Yahya, berkata Unit Skuba Bomba dan Penyelamat masih menjalankan operasi mengesan mangsa.

Dalam kejadian berasingan di Kampung Bukit Bidang, Selising, kira-kira jam 12.30 tengah hari, seorang budak lelaki berusia tiga tahun lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Penambang di kampung itu.

Mohd Shahril Habibullah Muhd Razak, bermain air di depan rumahnya manakala ibunya, Sharifah Ismail, 36, membersihkan lantai di dapur yang dipenuhi kotoran akibat digenangi banjir.

Tiada ulasan: