HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 Disember 2007

Lagi perhimpunan di Kuala Lumpur bulan depan
Oleh malaysiakini

Dua perhimpunan rakyat telah diadakan bulan ini dan tiga lagi perhimpunan dijangka diadakan di Lembah Klang bulan depan.

Tiga perhimpunan yang dirancang itu akan diadakan walaupun kerajaan telah memberi amaran keras termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang menyertainya.
Pada 9 Disember ini, Majlis Peguam akan mengadakan perarakan tahunan Hari Hak Asasi Manusia dan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) telah menyatakan hasratnya untuk turut sama.

Dua hari kemudiannya, Bersih akan mengadakan demonstrasi di luar Bangunan Parlimen untuk membantah rancangan pindaan perlembagaan yang akan menaikkan had umur anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Perhimpunan ketiga akan dianjurkan oleh parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantah kenaikan kadar tol lebuhraya di beberapa negeri mulai 1 Januari depan.

Rancangan perhimpunan anti-tol itu belum diumumkan secara rasmi dan tarikhnya juga belum dimuktamadkan.

Tiada ulasan: